Banyakkan Sayur-Sayuran Dalam Menu Untuk Kekal Sihat
Ni menu kegemaran keluarga Kak Ma dari dulu sampai sekarang. Dulu-dulu kalau mak masak menu ni, tak pernah guna pes pun, guna rencah resepi sendiri je. Bahan-bahan penuh satu periuk. Meriah, macam-macam ada. Tambah seafood lagi aummm. Pelengkap menu ni biasanya kami goreng sekali ikan masin tenggiri dengan bawang dan cili. Fuhhh padu! Tiba-tiba, rindu pulak dekat mak abah . Anyway, terima kasih Basic H Shaklee sebab bantu basuh sayur bersih-bersih sebelum dicampak ke dalam periuk dan sebelum dihadam didalam perut. Banyakkan makan-makanan yang sihat tau lebih-lebih lagi musim virus ni.

Kak Ma Join Event ‘Run” Untuk Kekal Sihat
InshaaAllah, dengan izin Allah, Kak ma akan sertai event larian ‘Round Singapore Challenge, pada awal Jun ni. Antara event yang paling Kak Ma suka sebab bukan sahaja Kak Ma dapat turunkan berat badan, tapi dapat displinkan Kak Ma untuk terus kekal sihat.
Alang-alang lepas raya ni lemak dah banyak terkumpul, badan pun rasa lemau, apa kata jom la kita bakar kalori yang berbahaya tu. Jom lari!!

1,973 total views, 1 views today