Cara Atasi Bengkak Susu

Cara Hilangkan Bengkak Susu | Shima Azuan

Assalammualaikum semua pembaca, Kak Ma mendoakan semuanya diberkati dan diredhai Allah selalu. Semoga sentiasa ceria dan bahagia walau dimana jua anda berada. Hari ni Kak Ma terpanggil untuk berkongsi tentang satu topik menarik dalam kalangan ibu-ibu iaitu Bengkak Susu.

Untuk yang dah pernah alami, mesti boleh faham betapa seksa dan peritnya bengkak susu ni kan. Kak Ma sendiri pernah mengalaminya sehingga tahap tak mampu dah nak angkat tangan dan terlalu sakit untuk berjalan.

Disebabkan Kak Ma dapat banyak soalan mengenai ini daripada para pelanggan kami, jadi Kak Ma sangat berbesar hati untuk berkongsi dan doa Kak Ma agar penulisan dan perkongsian ini dapat membantu para ibu menyelesaikan isu ini seterusnya menguatkan semangat ibu-ibu untuk meneruskan perjalanan penyusuan dengan lebih seronok.

Ok baiklah, sebelum Kak Ma bercerita tentang cara atasi masalah bengkak susu ini, suka untuk Kak Ma terangkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan bengkak susu.

Apakah itu bengkak susu?

Bengkak susu adalah keadaan apabila payudara membengkak akibat susu ibu berlebihan dan tidak dikeluarkan. Aduhaiiii baca definisi pun dah cukup buat kita ngilu kan! Ishh seksa tauuu kalau susu tersumbat.

Bengkak susu juga seringkali menimbulkan ketidakselesaan pada ibu sehinggakan ibu-ibu boleh menggigil dan demam. Jom Kak Ma terangkan pulak sebab terjadinya bengkak susu.

Kenapa terjadi bengkak susu?

Bengkak susu terjadi biasanya disebabkan oleh susu yang tidak dikeluarkan daripada payudara sepenuhnya. Ini adalah sebab utama berlakunya masalah bengkak susu ini. Sama ada ia berlaku dengan keadaan bengkak seluruh payudara atau ada ketulan pada bahagian payudara. Susu tidak keluar sepenuhnya ini berlaku atas beberapa faktor iaitu,

Faktor Terjadinya Bengkak Susu?

Faktor 1 : Susu keluar dengan banyak di hari pertama kelahiran dan bayi masih belum menyusu

Sesetengah ibu yang baru melahirkan bayi mengalami produksi susu yang banyak tetapi masih belum menyusukan bayi. Ini boleh terjadi sekiranya ibu atau bayi mengalami beberapa isu atau proses pemantauan yang ditetapkan oleh hospital selepas bersalin sehingga menganggu proses penyusuan.

Faktor 2 : Bayi tidak melekap dengan baik

Apabila bayi tidak melekap dengan baik, susu tidak dapat keluar sepenuhnya sekaligus menyebabkan payudara membengkak jika keadaan ini berterusan. Ibu-ibu dinasihatkan untuk cuba mendapatkan lekapan yang baik semasa menyusu agar perkara ini tidak berulang lagi.

Faktor 3 : Bayi tidak disusukan secara kerap

Apabila bayi tidak disusukan secara kerap, susu tidak dapat keluar dengan baik dari payudara sekaligus menyebabkan bengkak susu terjadi. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan ibu mula memberikan susu formula secara berselang seli dengan susu badan atau mungkin disebabkan oleh keadaan bayi yang tidur terlalu lama dan tidak menyusu dalam tempoh masa yang panjang.

Faktor 4 : Penyusuan Diberhentikan Secara Tiba-tiba

Pemberhentian penyusuan secara tiba-tiba boleh mengundang kepada bengkak susu. Hal ini seringkali terjadi atas banyak faktor contohnya ibu berada pada jarak jauh, ibu-ibu yang bekerja ataupun ibu yang terpaksa menghentikan penyusuan atas faktor-faktor kesihatan yang lain.

Untuk ini Kak Ma nak memberikan sedikit kata-kata motivasi untuk ibu-ibu. Anda adalah ibu terbaik, Allah pandang setiap usaha dan pengorbanan, dan semoga segalanya dibalas dengan seribu satu kebaikan di dunia dan di akhirat nanti. Stay strong ibu-ibu.

Faktor 5 : Tidak Menyusukan Dari Kedua Belah Payudara

Kadangkala ibu-ibu terlepas pandang untuk menyusukan anak-anak dari kedua belah payudara dek kerana keletihan atau terlupa untuk mengimbangkan penyusuan. Bengkak susu boleh berlaku pada belah payudara yang tidak dihisap oleh bayi. Jadi pastikan ibu-ibu menyusukan anak-anak secara adil di kedua belah bahagian payudara bagi mengelakkan bengkak susu berlaku.

Faktor 6 : Pam Susu Tidak Sesuai

Pam susu yang tidak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan dan seterusnya menyebabkan bengkak susu. Perkara ini mungkin terjadi sekiranya corong pam terlalu kecil dengan puting ibu sehingga menyebabkan susu tidak dapat keluar dari payudara. Ibu-ibu dinasihatkan untuk memeriksa kesesuaian dan saiz corong pam susu sebelum membeli dan menggunakannya untuk penyusuan bayi.

Apakah Simptom Bengkak Susu?

Ibu-ibu, bengkak susu ini memang boleh jadi benda yang sangat memberi tekanan kepada mental dan fizikal. Biasanya bengkak susu terjadi dalam dua keadaan, sama ada bengkak seluruh payudara (susu tidak dikeluarkan dari payudara sepenuhnya) atau ketulan pada bahagian payudara (susu tidak dikeluarkan dengan baik pada saluran susu tertentu sahaja.

Ok sekarang jom kita bincangkan pula bagaimana nak atasi masalah Bengkak Susu ini dengan lebih baik, inshAllah.

Cara Hilangkan Bengkak Susu

Terdapat banyak cara untuk menghilangkan bengkak susu yang boleh dikhtiarkan oleh para ibu. Ibu-ibu boleh lakukan mengikut keselesaan dan kesesuaian.

1.Tuam Payudara Dengan Air Sejuk

2. Tuam Dengan Tuala Panas

3. Perah Sedikit Susu

4. Tukar Saiz Bra

5. Makan Ubat Atas Konsultansi Doktor

6. Keluarkan Susu Daripada Payudara

7. Teknik Urutan

8. Ambil Supplement Yang Boleh Membantu Dengan Mudah

Jujurnya, Kak Ma pun dah pernah alami bengkak susu sampai tak mampu nak angkat tangan langsung. Mengikut pengalaman sendiri, Kak Ma selalu gunakan teknik nombor 3,6 dan 8. Jika ditanya apakah supplement yang Kak Ma gunakan, Kak Ma recommend ibu-ibu untuk ikhtiar dengan Lecithin dan Omega Guard Shaklee. Alhamdulillah Kak Ma berpuas hati dengan pengambilan supplement ini.

Ok baiklah ibu-ibu, sekian sahaja perkongsian dari Kak Ma tentang Bengkak Susu. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan anak dengan lebih bersemangat dan tidak berputus asa.

Ibu-ibu juga boleh dapatkan Lecithin dan Omega Guard dari Kak Ma selaku pengedar shaklee berdaftar yang diiktiraf oleh Shaklee Malaysia.

Shima Azuan

0136905053

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *