
MAAFKAN DIRIMU IBU AYAH..
Pernah tak kita rasa gagal dalam mendidik anak-anak dan jadi ibu bapa terbaik buat mereka?.Selalu kan? Rasa frust, rasa sedih, rasa nak marah diri sendiri. Bila termarah anak, automatik jiwa jadi sebak lebih-lebih lagi bila tengok mereka lena dalam tidur. Rasa menyesal tak sudah.
Merasakan diri gagal itu bagi kami perkara biasa. Kerana kita juga ibubapa yang bergelar manusia. Tidak sempurna. Banyak kelemahan juga banyak kekurangan. Tapi kami percaya, selagi mana kita sedar dan cuba berubah, kita adalah ibubapa yang terbaik, yang sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik buat anak-anak.
Amalkanlah minta maaf selalu dengan anak-anak. Rendahkan ego, kecilkan “gap” yang wujud antara kita bersama. Dan yang paling penting, belajarlah memaafkan diri sendiri. Belajar menerima dan memperbaiki kelemahan diri. Tiada manusia yang sempurna. Tapi dari ketidaksempurnaan itu, membentuk kita menjadi ibu ayah yang mempunyai jiwa yang lebih bahagia.
Maafkan dirimu, ibu ayah.