Tips Urus Anak

Jenis-Jenis Gaya Ibubapa | Shima Azuan

Macam-macam gaya ibubapa ni sebenarnya. Korang gaya yang macam mana ye?

Sedar atau tak, kita sebagai ibubapa sebenarnya mempunyai gaya yang mungkin kita sendiri tak perasan selama ini dalam membesarkan anak-anak. Ada macam-macam gaya yang ibubapa lakukan semata-mata memastikan anak-anak terus berada keadaan selamat serta mendapatkan yang terbaik dalam hidup mereka.

Macam tu juga dengan kami. Sejujurkan kami adalah merupakan kombinasi pelbagai gaya sepanjang besarkan anak-anak. Ada masa kami adalah ibubapa gaya ‘gajah’ dan kadang-kala adalah gaya ‘helikopter’. Ada kalanya kami rasa nak sangat anak ni duduk je dekat rumah dan tak bercampur dengan kawan-kawan lain yang mungkin bawa pengaruh tak baik.

Tapi adakah tu bagus untuk perkembangan mereka dalam berinteraksi dengan dunia luar? Adakah bagus bila kita menyekat mereka macam tu?.Sebagai ibubapa penting untuk kita kenalpasti kita adalah gaya yang macam mana kerana setiap gaya yang kita bawakan akan memberi kesan baik dan buruk kepada anak-anak.

P/s : Penat, letih, lesu uruskan anak-anak setiap hari? Jom jemput join Telegram Channel kami untuk tips, info dan sharing bermanfaat https://t.me/ShimaAzuanChannel.

#ShimaAzuan#NakBertenagaUrusAnak

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *