
NAK ANAK JADI ANGKASAWAN TEROKA ANGKASA, TAPI NAK EXPLORE DEKAT RUMAH PUN KENA SEKAT.
Pernah tak korang alami macam ni, bila sampai je rumah dengan badan penat nak rehat, tiba-tiba anak seronok je buat sepah. Apa perasaan korang?
Nak marah? Nak tengking? Atau nak cubit anak?
Bohong la kan kalau kita tak ada perasaan macam tu. Yelah, baru je nak rehat, nak tenangkan minda, tapi ada je lagi ‘projek sepah’ yang anak-anak nak buat.
Kami sebagai ibubapa pun pernah rasa perkara yang sama. Memang nak marah. Kadang-kadang ada masa tu marah sampai tercubit anak sebab penat sangat.
Tapi sampailah satu hari tu kami terbaca mengenai satu perkongsian yang sangat menarik bagi kami. Memang panjang kalau kami nak kongsikan.
Dalam perkongsian tu ada satu ayat yang padu yang buatkan kami tersedar. Ayat tu lebih kurang macam ni “Nak anak jadi angkasawan, kaji angkasa, tapi anak nak explore dekat rumah pun kau sekat!” Fuhh memang menusuk ayat tu walaupun nampak macam menyindir dan perli kita sebagai ibubapa.
Betul sebenarnya apa yang dikatakan. Kadang kala kita sebagai ibubapa terlampau banyak sangat menyekat potensi anak sehingga semua perkara kita nak sekat.
Sebenarnya apabila anak-anak bermain, mereka sedang berimiginasi dan berinovasi untuk cipta perkara-perkara baru dalam hidup mereka.
Dengan bermain juga mereka sebenarnya sedang berkreativiti dan secara tidak langsung dapat membantu menambah daya fokus mereka.
Jadi selepas ni jom kita berubah dan jadi ibubapa yang lebih memahami anak-anak. Nak marah untuk mendidik tu tak salah cuma perlu kena pada tempat dan keadaan yang betul.
Semoga perkongsian ni bermanfaat dan menjadi peringatan untuk diri kami juga.
P/s: Letih, penat dan lesu menguruskan anak-anak? Jemput join channel telegram kami https://t.me/ShimaAzuanChannel untuk tips, info dan sharing bermanfaat.