Doa Penyakit Ain

Doa Elak Penyakit Ain | Shima Azuan

NI CARA ELAK PENYAKIT ‘AIN’ BILA NAK POST GAMBAR ANAK.

Baru-baru ni banyak kami terbaca sharing mengenai penyakit Ain. Mula-mula kami sendiri anggap penyakit Ain ni hanya terkena pada orang dewasa je tapi ianya juga boleh terkena kepada kanak-kanak.

Apa itu sebenarnya penyakit Ain?.Penyakit Ain ni ialah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. Biasanya ianya berlaku disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati – (Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari).Menurut ahli agama, penyakit Ain ni boleh terhindar daripada kanak-kanak apabila kita banyak memuji Allah (Masya-Allah) berbanding pujian yang melampau kepada mereka.

Kadang kala bila kita post gambar kita atau gambar anak-anak, kita tak perasan yang perkara tu boleh mendatangkan penyakit Ain.

Jadi macam mana kalau kita nak post juga dan elakkan penyakit Ain ni?

Salah satu cara terbaik untuk elakkan penyakit Ain ini ialah dengan meletakkan kata-kata pujian kepada Allah di dalam posting ataupun pada gambar tersebut.

Sebagai contoh letakkan kata-kata Masya-Allah atau Alhamdulillah di tepi gambar supaya apabila orang lain yang membaca atau melihat akan nampak ayat tersebut dan secara tak langsung memuji Allah berbanding memuji kecantikan dan kecomelan gambar tersebut dengan keterlaluan.

Kami kongsikan juga doa yang boleh diamalkan bagi mengelak daripada terkena penyakit Ain. Semoga bermanfaat.

P/s: Penat uruskan anak-anak? Jemput join channel telegram kami untuk tips, info dan sharing bermanfaat. Terima kasih. https://t.me/ShimaAzuanChannel

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *