
Betul ke mainan ‘Pop-It’ ni tak bagus?
Baru-baru ni kitorang terjebak juga untuk belikan mainan ‘pop-it’ ni untuk anak-anak selepas mainan ni viral dekat media sosial.
Ada beberapa pendapat mengatakan mainan ni tak bagus daripada segi beberapa aspek yang mereka fahami.
Tapi sejujurnya bagi pendapat dan review kitorang, mainan ni sangat bagus untuk fokus anak-anak.
Bila anak-anak kitorang main mainan ni, mereka fokus untuk tekan dan habiskan setiap lubang yang ada dekat ‘pop-it’ tu. Selagi tak habis diorang tak tukar mainan atau buat kerja lain.
Selain fokus, ‘pop-it’ ni juga bantu untuk rangsang deria sentuhan jari-jari tangan. Daripada sentuh screen gadjet, lagi baik diorang sentuh mainan ni dan secara tak langsung dapat rangsang otak diorang.
Keseluruhannya bagi kitorang mainan ni sangat bagus. Bagi korang pula macam mana ye?
P/s : Letih, lesu, tak bertenaga nak uruskan anak-anak setiap hari setelah penat bekerja? Jom jemput join Telegram Channel kami untuk tips, info dan sharing bermanfaat https://t.me/ShimaAzuanChannel