
Kak Ma tak pernah tahu, ucapan terima kasih ni membawa makna besar dalam kehidupan.
Juga lebih dahsyat, mampu mengubah dan menceriakan hidup seseorang.
Nak tahu tak dari mana Kak Ma belajar latih diri ucap terima kasih setiap kali berurusan dengan orang?
Dari pengalaman Kak Ma kerja part time dekat kedai makan lepas SPM. Kedai makan tu tak jauh, berdekatan dengan rumah.
Kak Ma akan masuk kerja jam 2.30 petang sampai 2 pagi, dengan bayaran RM 25 sehari. .Penat tak? Gila tak penat! Hahah masa tu Kak Ma nekad kerja situ sebab angan-angan nak buka kedai makan sendiri, jadi timba pengalaman la kononnya.
Lagi satu, Kak Ma juga dah terbiasa cari duit sendiri. Seronok sangat bila cuti SPM tu belanja untuk diri sendiri semua Kak Ma pakai duit hasil titik peluh sendiri.
Masa tu tauke kedai cuma pakai dua pekerja sahaja, untuk handle hantar order, ambil order, kemas meja makan, basuh pinggan dan buat macam-macam.
Bila hari biasa boleh handle dengan baik. Bila hujung minggu subhaAllah tak terkejar tapak kaki ni melayan customer demi customer.
Tapi tahu tak, dalam kepenatan urus macam-macam kerenah, magically bila customer cakap “Terima Kasih”, terus rasa ringan bahu. Terus rasa hilang penat.
Power betul ucapan terima kasih ni! Rasa dihargai, rasa disayangi rasa macam-macam benda positif ditiupkan semula dalam badan yang kepenatan.
Ada satu lagi benda Kak Ma belajar, selagi mana kita boleh mudahkan urusan orang, kita mudahkan.
Disebabkan Kak Ma dah rasa macam mana penatnya kemas meja makan customer, lepas dari tu setiap kali lepas makan dekat kedai, Kak Ma susun sendiri pinggan tu, asingkan lauk tak habis, supaya senang pekerja datang angkat.
Nampak simple, tapi percayalah, sedikit timbang rasa dari kita sangat membantu orang lain. Kak Ma pernah kena gelak sebab sibuk-sibuk kemas pinggan lepas makan, tapi Kak Ma diamkan aje.
Cubalah try buat nanti bila negara dah selamat dan boleh dine-in dengan bahagia. Susun-susun je mudahkan pekerja, itu pun tanda terima kasih kita pada dia.
Jadi, mesej simple Kak Ma hari ini, banyakkanlah ucap terima kasih pada insan sekeliling kita hari-hari.
Mak ayah kita, adik beradik kita, pasangan kita, anak-anak kita, abang foodpanda, abang grabfood, acik yang bungkus makan tepi jalan, pegawai bank, nurse tukang cucuk vaksin dan semua orang yang memudahkan urusan kita.
Dan hari ini Kak Ma nak ucapkan TERIMA KASIH buat semua yang pernah hadir dalam hidup Kak Ma, dan semua pembaca, sungguh kehadiran setiap satu dari korang semua, membina detik-detik indah dalam buku hidup Kak Ma.
Terima kasih, Kak Ma sayang korang lillahitaala