3 Risiko Makan Telur Yang Wajib Korang Tahu | Shima Azuan

Assalammualaikum semua, Kak Ma mendoakan semua pembaca diredhai dan diberkati Allah selalu. Ada tak peminat telur dekat sini? Angkat tangan sikit..

Kak Ma sendiri sebenarnya merupakan penggemar telur lebih-lebih lagi telur separuh masuk, tambah kicap, tambah blackpepper, letak sikit sayur, adududuhhh sedapnya. Jadi hari ni Kak Ma nak share sikit fakta tentang telur.

Telur ni bukan sahaja makanan yang kaya dengan protein malah ianya juga lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Selain mudah didapati, telur juga menjadi kegemaran hampir semua rakyat Malaysia kerana harganya yang jauh lebih murah dari sumber protein biasa.

Tahu tak, 1 biji telur bersaiz sederhana ada 6 gram protein yang sama dengan 1 ekor ikan. Kalau nak bina otot, sangatlah bagus amalkan telur.

Telur juga kaya dengan kolin. Kolin ni sangat penting untuk bagi maklumat dari otak ke seluruh badan. Jadi sangat membantu untuk korang yang ada masalah kerap lupa dan lemah ingatan.

Jadi dimana risiko makan telur ni sebenarnya? Ha untuk menjawab persoalan ini, jom tengok video dibawah.

About the author

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *