4 Diet Mudah Dan Cepat Untuk Beginner | Shima Azuan

Assalammualaikum semua, Kak Ma doakan semua pembaca dirahmati Allah selalu. Hari ni Kak Ma nak kongsi 4 diet mudah untuk beginner. Sebelum tu, Kak Ma nak menyeru adik kakak, jiran tetangga, rakan taulan dan wanita seantero dunia agar faham tentang journey diet ni.

Jangan salah faham, diet dalam pemakanan ni sebenarnya sangat-sangat seronok dan makesure kita enjoy buat tanpa paksa badan untuk memberi effect segera. Jangan stress-stress, have fun, inshAllah ianya lebih membantu.

OK jom kita tengok, antara diet ringkas dan paling mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk beginner.

  1. Tukar Air Manis Kepada Air Kosong

Gula putih sebenarnya bukan sahaja umpama “booster” kepada kenaikan berat badan, malah ianya sangat berisiko untuk membawa kita kepada penyakit yang lebih membahayakan kesihatan. Air kosong mengandungi 0 kalori yang mana ianya sangat membantu untuk penurunan berat badan yang sihat. Jadi, pilih minuman anda dengan bijak.

2. Tukar Portion Penuh Pinggan Kepada Suku Suku Separuh

Kalori yang berlebihan dalam pemakanan menyumbang kepada kenaikan berat badan secara mendadak, lebih-lebih lagi sekiranya kita tidak mengamalkan rutin senaman dan detox yang konsisten. Jom ikuti saranan KKM untuk amalkan konsep Suku Suku Separuh dalam diet.

3. Tukar Sayur Goreng Kepada Ulam

Menggoreng bukanlah cara masak yang terbaik untuk anda yang baru nak mulakan diet. Seeloknya amalkan pengambilan sayur yang segar dan berkhasiat dari ulam-ulaman kerana kadangkala proses memasak sayur itu sendiri telah merosakkan khasiatnya.

4. Tukar Ayam Goreng Kepada Ayam Bakar

Anggaran kalori untuk seketul ayam goreng adalah sebanyak 283, sementara kalori untuk seketul ayam bakar sebanyak 130. Nampak kan jauh beza tu? Selain daripada bakar, ada beberapa cara masak yang sihat juga antaranya kukus dan rebus. Ayam tu masih boleh rasa sedap walaupun kita tukar sedikit kepada cara masak yang lebih sihat. Selamat mencuba 🙂

Jangan lupa sharekan sekiranya bermanfaat.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *