
Kak Ma baru je dapat tahu tentang adik Bella semalam.
Seorang kanak-kanak OKU, berusia 13 tahun yang disyaki didera selepas dijumpai dalam keadaan yang sangat teruk.
Ya, teruk. Perkataan paling sesuai nak menggambarkan keadaan Bella waktu tu. Kak Ma tengok video tu, luluh jiwa dan hati seorang ibu ni.
Ya Allah, sampainya hati si pelaku! Sampai terkoyak kulit. Ternampak isi-isi merah pada kedua-dua belah tangan. Parut menghiasi setiap anggota. Adik Bella nampak takut-takut nak jawab soalan.
Berubah sungguh segala rupa dan penampilan.
Ya Allah…..Kejamnya kau manusia! Rupanya kes adik Bella dah lebih kurang 2 minggu dilaporkan.
Sampai sekarang, belum ada mana-mana pihak ditangkap mahupun tampil bagi penjelasan dan pengakuan.
Doa Kak Ma, semoga keadilan ditegakkan buat adik Bella. Semoga yang bersalah dikenakan hukuman.
Dan doa Kak Ma juga, semoga emosi, hati, fizikal yang terdera, disembuhkan dengan segala keajaiban.
Sungguh, dunia cuma tempat persinggahan. Segala perbuatan, sebesar atau sekecil zarah pun akan dipertanggungjawabkan.
Pengajaran buat kita untuk hentikan sebarang bentuk penderaan dan motivasi untuk sama-sama menyokong keadilan.
Teruskan hashtag #justiceforbella supaya adik Bella dapat pengadilan secepatnya atas segala kezaliman.
Allah Taโala berfirman :
ุฃููุงู ููุนูููุฉู ุงููููู ุนูููู ุงูุธููุงููู ูููู
โIngatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalimโ (QS. Hud: 18).
Kak Ma tak sanggup share video tu. Korang boleh tengok dekat link ni ya.
https://www.facebook.com/100044205170848/posts/357738692376300/?d=n
Syurga buatmu adik, moga terus kuat, we stand for you Bella.