Fakta Dan Mitos Durian | Shima Azuan

Assalammualaikum pembaca yang dihormati. Wah wahhh musim durian dah datang memberi sedikit sinar dan hiburan time-time pandemik ni.

Tapi mesti korang banyak dengar cerita pasal durian kan? Sampai konfius dibuatnya mana satu yang betul, mana satu yang salah. Jadi hari ni Kak Ma nak share 4 fakta dan 4 mitos mengenai durian, rujukan penuh dan sahih dari KKM. Selamat membaca!

FAKTA 1 : DURIAN BOLEH MENAIKKAN BERAT BADAN

Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji buah durian dengan purata berat sebanyak 1kg mempunyai anggaran 1400 kalori sementara seulags buah durian dengan anggaran berat 40g mempunyai sebanyak 59 kalori.

FAKTA 2 : DURIAN KAYA DENGAN NUTRIEN

Buah durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks, asid amino tryptopan (mungkin dapat membantu tidur), tinggi potassium berbanding buah pisang. Jadi, silalah makan durian. Haha

FAKTA 3 : DURIAN TINGGI DENGAN GULA

Ups, alamak ! Durian mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jadi, buah ini tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes kecuali dengan pengambilan yang sedikit. Haa untuk yang diet pun perlu kawal pengambilan ya.

FAKTA 4 : DURIAN BOLEH DIMAKAN SEBELUM DAN SELEPAS PENGAMBILAN VAKSIN

Makan durian sebelum atau selepas menerima vaksin tidak memberi kesan buruk pada individu. Jadi jangan risau ya, tiada kajian saintifik membuktikan durian berbahaya untuk pengambil vaksin.

MITOS 1 : DURIAN PANAS

Sebenarnya, tidak wujud buah panas dan sejuk dalam perubatan moden. Ia juga tidak disokong oleh mana-mana kajian saintifik. Walaubagaimanapun, suka Kak Ma untuk menasihatkan korang agar sentiasa berpada dalam apa jua pengambilan.

MITOS 2 : DURIAN MEMPUNYAI KOLESTROL TINGGI

Buah durian tidak mempunyai kolestrol merujuk kepada fakta nutriennya. Jadi, boleh dah hilangkan rasa takut pada durian ya.

MITOS 3 : DURIAN BOLEH MENINGKATKAN NAFSU/TENAGA SEKS

Maaf, ini mitos. Hahah Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Kesan terhadap individu adalah tanggungan sendiri. Jangan pandai-pandai hahahah

MITOS 4 : DURIAN BOLEH MEMBUNUH SEKIRANYA DIGABUNGKAN BERSAMA ALKOHOL

Pengambilan durian bersama alkohol didakwa boleh membunuh. Walaubagaimanapun, tiada kajian saintifik mengesahkan dakwaan ini. Cuma perlu kita faham, pengambilan alkohol dan durian yang berlebihan boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa.

Haa dah terang lagi bersuluh, jadi dah boleh nikmati durian tanpa was-was dan lebih berpada ya lepas ini. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Ma, sudi-sudilah kongsi dengan kenalan lain, inshAllah.

Comments

  1. Mantap kak mah dan abg wan.. perbanyak kan lagi content2.. moga kalian mendapat ape yang kalian hajati.. aaminn
    -lepat-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *