Apa Itu Menu Suku-Suku Separuh? | Shima Azuan

Assalammualaikum semua. Semoga sentiasa sihat dan diredhai Allah, inshAllah. 

Kak Ma dapat banyak pertanyaan mengenai menu diet Kak Ma dulu. Sebenarnya, ada banyak jenis diet dalam dunia ni. Cuma bagi Kak Ma, lakukan mana yang korang selesa dahulu sebelum mencuba diet yang lebih extreme.

Dalam group detox kami, ada banyak pecahan diet sebenarnya. Contohnya, diet relaks, diet energetik dan juga diet menu extreme. Sepanjang journey Kak Ma turunkan hampir 20 kg ni dulu, Kak Ma cuma konsisten melakukan diet meengikut menu relaks iaitu menu Suku Suku Separuh.

Diet Suku-suku separuh ni adalan amalan diet yang selalu diseru oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri untuk kesihatan rakyat Malaysia. Bagi Kak Ma pula, menu ini lebih mudah nak diikuti lebih-lebih lagi bagi korang yang baru nak mulakan misi kurus dan nak turunkan berat badan dalam masa yang cepat.

Jom Kak Ma terangkan tentang Suku-suku separuh, mudah je sebenarnya.

Apa yang dimaksudkan dengan suku suku separuh ?

Suku suku separuh ini sebenarnya adalah portion yang digalakkan dalam diet tersebut. 

Separuh mewakili portion separuh pinggan iaitu portion yang perlu kita penuhkan dengan sayur dan buah-buahan.

Suku yang pertama merupakan portion bagi protein yang mana ianya mewakili hanya suku daripada pinggan. Contoh protein yang digalakkan adalah ayam, ikan, sotong dan udang.

Suku yang kedua pula merupakan portion bagi karbohidrat yang cuma hanya perlu diambil mengikut suku daripada pinggan. Contoh karbohidrat adalah nasi dan spaghetti.

Ha mudah kan nak faham. Kak Ma blanja korang satu video yang Kak Ma sendiri sediakan menu hidangan suku-suku separuh Kak Ma dulu, Jemput tengok ya. Kalau ada soalan, boleh terus drop dkat ruangan komen ya.

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *