5 Cara Nak Kurus Untuk ‘Beginner’ | Shima Azuan

Assalammualaikum pembaca yang Kak Ma hormati. Kak Ma harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi Allah selalu.

Mungkin ada yang dah lama mengenali Kak Ma dan dah tahu tentang bagaimana Kak Ma dulu pernah bergelut dengan masalah “overweight” atau lebih manja dikenali sebagai bambam. Ha sejuk la sikit hati ni nak menaip bambam dari menaip perkataan sensitif tu.  

Tapi alhamdulillah, setelah gunung berapi ku redah, lautan dalam ku renang, fuhhh berjaya juga Kak Ma capai impian nak dapatkan berat badan ideal. Syukur, journey tu tak mudah, tapi alhamdulillah Kak Ma sentiasa yakin Kak Ma boleh dan Kak Ma dah buktikan Kak Ma mampu hapuskan lebih kurang 20 kg berat badan. 

Dan kebelakangan ni Kak Ma nampak dah wujud banyak kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berubah dan jaga kesihatan dengan baik. Jadi hari ni Kak Ma terpanggil nak kongsikan 5 cara bagaimana nak mulakan journya kurus korang. Selamat mencuba .

1) Setkan matlamat

Bagi Kak Ma, sebelum kita nak melakukan apa jua tindakan dalam hidup, sangat penting untuk kita tetapkan matlamat yang jelas, agar segala impian dapat dicapai dengan mudah.

Matlamat ini akan bantu kita terus fokus, tidak terleka dan buang masa. Lebih spesifik matlamat tersebut, lebih mudahlah kita nak capai impian dalam hidup. 

Haaa Kak Ma bagi contoh untuk korang  yang nak mulakan misi kurus, boleh buat target berapa kilo nak diturunkan dalam sebulan, kemudian pecahkan pula kepada mingguan dan harian.

2) Kenai kondisi badan

Sebelum kita memulakan perjalanan misi kurus kita, penting untuk Kak Ma ingatkan pada semua agar memahami kondisi tubuh badan terlebih dahulu. Tak perlu terikut-ikut dengan trend semasa, lakukan sesuai dengan diri kita.

Contoh Kak Ma bagi, masa Kak Ma nak mulakan misi kurus ni dulu, Kak Ma sangat sedar hakikat yang Kak Ma baru sahaja beberapa bulan melepasi proses bersalin secara pembedahan . Jadi untuk melakukan senaman yang extreme, mahupun diet dengan menu extreme, adalah tidak bersesuain dngan diri Kak Ma.

Untuk korang yang ada penyakit seperti PCOS, sakit jantung atau sebagainya, Kak Ma harap korang fahami situasi badan terlebih dahulu agar perjalanan kurus kita menjadi satu perjalanan yng membahagiakan, bukan sebaliknya.

3)  Betulkan mindset

Kak Ma dah melalui misi nak kurus ni dulu. Jadi Kak Ma sangat faham perjalanan nak kurus ni perlukan banyak pengorbanan dan usaha yang tinggi. Jadi adalah penting untuk kita ada mindset dan niat yang betul, agar perjalanan nak kurus ni bukan sahaja membahagiakan tapi juga diredhai Tuhan.

Antara mindset salah, hari ni aku detox, esok aku dah kurus. Deyyyy ni bukan mimpi la deyyyy. Tak semudah itu, tapi korang kena percaya perjalanan ini akan membuahkan hasil dengan usaha yang konsisten.

Antara niat yang salah, nak kurus sebab nak tayang body pada ek pakwe ke, pada jiran tetangga ke atau makcik bawang. Nauzubillah, tak baik tau macam tu. Dosa. Sesungguhnya neraka itu sangat panas ya Allahhhhhhhh…

Haaa mindset yang betul ni bila korang dah mentally dan physically prepared dan tak mudah downgrade diri sendiri. Apa pulak contoh niat yang betul? Nak kurus sebab nak mudah beribadat pada Allah. Allah Allah, sejuk hati Kak Ma yang menulis ni.

4) Ilmu wajib ada

Salah seorang sifu Kak Ma dulu pernah cakap,

“Tahap ilmu akan mnentukan tahap kewangan kita”. Kak Ma olah sikit untuk misi kurus korang yang bakal bermula.

“Tahap ilmu akan menentukan hasil yang bakal korang dapat”

Sebelum korang nak mulakan perjalanan ni, pastikan korang dah cukup ilmu didada dan cuba untuk praktikkan sehabis baik. Jangan main redah je tanpa sebrang ilmu.

Akhirnya kita yang akan penat dan malas nak berjuang lagi.

5) Kena ada guru/mentor

Kak Ma dulu jujurnya, main bantai j buat sendiri. Berhasl tak? Ya alhamdulillah, Kak Ma berjaya dapat hasilnya Tapi Kak Ma juga sedar journey kurus Kak Ma tu berlalu dengan agak perlahan dan lambat. Bagi Kak Ma alhamdulillah Kak Ma masih berpuashati.

Untuk korang yang nak hasil yang lebih baik, dengan menjimatkan masa, wang dan tenaga, Kak Ma sarankan korang berguru dengan orang yang dah ada di dalam bidangnya atau orang yang dah berjaya. 

Oh yaaaa, tak semestinya terus pergi kepada mentor yang famous dan punya bayaran besar, bermentorkan kawan rapat yang dah pernah berjaya pun satu usaha yang baik.

Kak Ma sangat percaya, mentor yang baik akan sentiasa mendorong dan bagi semangat supaya korang sentiasa berada di track yang beetul.

Haaa lepas ni cuma buat dan fahamkan satu-satu point di atas. Dah faham, dah hadam, terus mulakan langkah, jangan pandang belakang, jangan toleh kiri kanan. Buktikan anda mampu mengiubah diri anda!

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *