
Belum pun habis debaran menyaksikan virus covid-19 mencatatkan jumlah peningkatan mendadak akhir-akhir ini, negara kini digemparkan pula dengan kemunculan varian-varian baharu (VOC). Varian-varian VOC ini mencetuskan panik dan kebimbangan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, apatahlagi kebanyakkan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan turut mendapat keputusan negatif hasil dari ujian saringan covid-19. Aduhaiii menakutkan kan?
Varian-varian ini juga merebak dengan lebih pantas dan boleh mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi. Kebanyakkan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk,demam, hilang selera makan dan deria bau, tetapi hanya sakit sendi biasa.
Jom kita kenali 3 jenis varian yang telah menebusi negara dan mampu mengancam nyawa kita dan keluarga.
Pertama, Varian India.

Kedua, Varian Afrika Selatan.

Ketiga, Varian United Kingdom.

Pesanan Kak Ma, patuhilah segala SOP dan amalkan kuarantin diri di rumah masing-masing. Jangan keluar sekiranya tiada urusan penting untuk diselesaikan. Sentiasa pastikan rutin pemakanan sihat agar dapat membantu menguatkan sistem imun badan. Jangan lupa ambil Vit C ya!
Semoga perjuangan kita dan seluruh rakyat Malaysia diberkati dan diredhai Allah. Ingat, covid-19 itu benar-benar wujud. Kita jaga kita. Kongsikan posting ini agar lebih ramai mula peka dan tahu tentang varian baru covid-19.
Kak Ma