Semakin Banyak Kita Harapkan Dari Allah, Semakin Banyak Yang Kita Perlu Buat | Shima Azuan

Hari tu suami Kak Ma balik dari kampung dan share pasal ni.

“Yang, hari tu abang dengar ustz cakap, kita ni kalau nak lagi banyak, maksudnya lagi banyak jugalah yang kita kena buat”

Maksudnya, kalau kita nak..

Lebih banyak rezeki

Lebih banyak kedamaian

Lebih banyak kebahagaiaan

Lebih banyak ketenangan

Dan apa jua harapan kita yang baik baik dari segala aspek, maka amalan kita pada Tuhan juga perlu ditingkatkan .

Suami Kak Ma sambung, 3S yang kita kena jaga dan improve lagi .

Yang pertama SOLAT ,

“Orang-orang yang beriman dengan hari akhirat, sudah tentu beriman pada Al-quran, dan mereka selalu memelihara solatnya” (Surah Al- An’am 92)

◾️ Kalau dulu kita solat lambat, cuba segerakan solat, solat diawal waktu

◾️ Kalau dulu kita buat yang wajib je, cuma pulak tambah dengan yang sunat

Yang kedua SEDEKAH

“Perumpaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah sama seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai ada seratus biji, Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Lagi Maha Mengetahui” (Surah Al-Baqarah 254)

◾️Bersedekahlah dengan ikhlas dari hati, dan utamakanlah sedekah buat keluarga sendiri.

Yang ketiga SAUM (PUASA) ,

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kami bertaqwa” (Surah Al-Baqarah 183)

◾️Jagalah amalan puasa yang wajib

◾️Banyakkan amalan puasa sunat

Jom kita sama sama menjaga 3S ini, supaya hidup lebih tenang dan menenangkan, juga lebih bahagia dan membahagiakan . InshAllah .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *