
Assalammualaikum hai korang semua. Sebelum ni Kak Ma dah terangkan secara ringkas kenapa perlu detox badan. Hari ni Kak Ma nak share pula 5 tanda yang badan kita tengah mengumpul toksin yang banyak dalam badan dan semestinya perlu detox dengan segera.
5 TANDA TOKSIN BANYAK DALAM BADAN DAN ANDA PERLU DETOX
1. Cepat Penat dan Lesu
Toksin yang banyak dalam badan akan memberi kesan kepada kemampuan tenaga yang boleh dihasilkan. Bila badan banyak toksin, sekaligus kita akan cepat letih dan lesu. Selain itu, kita akan sering rasa sakit badan dan sendi.
Bukan sahaja akan memberi kesan kepada emosi seharian, tapi juga memberi kesan kepada produktiviti kerja yang dihasilkan. Haa korang asyik rasa nak tidur je ke tu? Wajiblah korang detox segera!
2. Sembelit
Toksin dalam badan akan menyebabkan usus tersumbat dan sekaligus buat kita rasa sembelit dan sukar membuang. Cuba check semula, selalu tak korang hadapi masalah sembelit dan perut kembung? Mesti tak selesa sepanjang hari kan.
3. Masalah Kulit
Ish! Mesti ramai tak suka part ni kan? Toksin yang banyak akan menjejaskan kesihatan kulit kita dan mengundang ketakutan utama kita iaitu masalah jerawat dan kulit kusam. Bukan je dekat kulit wajah, kadangkala dekat badan sekali tau. Eiyuuu…
4. Susah Tidur / Imsonia
Walaupun hati kita berfungsi untuk menyingkirkan toksin ketika kita tidur malam, pengumpulan toksin yang banyak akan menjejaskan kualiti tidur dan menyebabkan kita sukar lelapkan mata. Tak best kan bila tidur tak nyenyak dan tak dapat kualiti tidur yang baik? Confirm badan rasa lemau dan cepat je nak marah.
5. Berat Cepat Naik / Berat Susah Turun
Adududu. Part ni paling Kak Ma tak suka tau. Mana ada orang dalam dunia ni yang suka berat dia naik mendadak pulak tu susah nak turun kan. Tapi jangan salah faham, detox bukan je untuk orang yang ada masalah berat badan, tapi untuk kita semua.
Toksin dalam badan akan menyebabkan berat naik mendadak, juga memberi risiko kepada kenaikan badan yang cepat selepas kita diet. Haa jadi kalau korang nak diet, makesure korang detox dulu supaya tak ‘rebound’ balik selepas itu. All the best korang!
Dalam banyak-banyak tanda ni, antara yang Kak Ma pernah alami dengan ketara adalah no3, no.4 dan no.5. Kak Ma pernah alami insomnia teruk, muka penuh jerawat bernanah dan obesiti.
Alhamdulillah dengan rutin detox secara konsisten, Kak Ma dah berjaya atasi masalah-masalah ni. Nak Kak Ma bantu? Wasap je Kak Ma nakdibantu
Kak Ma-Coach Kurus Online Je