Kenapa Kena Detox Badan

Kenapa Kena Detox Badan? | Shima Azuan

Assalammualaikum semua pembaca blog Shima Azuan. Mesti anda semua dah baca posting Kak Ma sebelum ni kan? Kak Ma dah pun terangkan tentang apa itu detox tubuh badan. Kak Ma rasa semua pembaca dapat memahami konsep detoksifikasi dengan lebih baik inshAllah. 

Baiklah hari ni Kak Ma nak bercerita pula kenapa kita kena detox badan? Tak boleh ke biar je badan tu tak diservis dengan rutin detox? Ha mari Kak Ma terangkan.

Detox dilakukan untuk menyingkir segala toksin dan racun daripada tubuh badan. Bukan sahaja akan membuat kita lesu dan tidak bertenaga, toksin dalam badan juga mampu mengundang masalah muka kusam dan berjerawat.

Mungkin masih ramai yang memandang remeh tentang kepentingan detox, tapi Kak Ma pasti setelah membaca entri ini, anda akan segera faham dan lakukannya sendiri.

Pernah tak anda cuba untuk diet, tapi masih gagal merasai penurunan berat badan?

Pernah tak anda rasa dah cuba makan supplement, tapi masih tak nampak kesan positif darinya?

Pernah tak rasa lesu dan mengantuk sentiasa?

Bagaimana pula dengan masalah perut buncit yang sering dijadikan bahan ketawa rakan-rakan anda?

Semua persoalan diatas sangat berkait rapat dengan kepentingan detox. Mari Kak Ma senaraikan 5 sebab kenapa kena detox badan.

  1. CEGAH PENYAKIT
#1. Cegah Penyakit

Toksin yang berada di dalam badan kita akan mengancam serta menganggu kebolehan dan kestabilan organ-organ serta sistem-sistem badan kita berfungsi. Sebelum Kak Ma teruskan penerangan, mari kita fahami fungsi usus dan kolon dalam sistem badan kita.

Usus manusia berperanan membawa sisa tubuh badan namun sebahagian daripada sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat serta lemak yang tidak sihat boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkan sistem usus tersumbat. 

Kolon pula merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersihkan untuk berfungi dengan baik. Sekiranya kita tidak melakukan detox, toksin akan terus terkumpul dalam tubuh badan.

Pengumpulan toksin dalam badan selain akan mengakibatkan badan cepat lesu dan mengakibatkan masalah jerawat, juga turut mengundang banyak penyakit berbahaya seperti kanser kolon, kanser usus, obesiti, sembelit dan sakit jantung. Ish bahayakan!

  1. LEBIH BERTENAGA
#2. Lebih Bertenaga

Walaupun tubuh badan manusia dicipta dengan sangat unik dengan sistem detox tersendiri, namun dengan pelbagai ancaman berganda, tubuh memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. 

Semakin banyak toksin terkumpul, semakin banyak tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Kerana toksin yang banyak terkumpul dan tenaga yang berkurang inilah, badan akan jadi cepat letih dan tak bertenaga.

Melalui proses detox, ia akan membantu menyokong organ badan mengeluarkan toksin sekaligus menyebabkan badan kembali segar dan bertenaga.

Seronok kan bila dapat melalukan aktiviti seharian degan lebih cergas dan ceria? Kita pun dapat hargai insan tersayang dengan moment-moment yang indah.

  1. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN
#3. Sistem Imunisasi

Radikal bebas yang berada di persekitaran kita sering merosakkan sel dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya merebak dengan lebih cepat. Radikal bebas ini tidak pernah berputus asa untuk merosakkan sistem imun kita dan mengakibatkan keradangan. 

Dan Kak Ma berani jamin tiada sorang pun dari kira yang mampu menghalang kesemua ancaman ini dalam aktiviti seharian. 

Pernah keluar rumah dan tak jumpa walau seorang perokok pun?

Pernah nampak kereta dan motor yang tak mengeluarkan asap kenderaan?

Pernah tak sepanjang hidup ini anda makan makanan sihat sahaja tanpa sentuh sedikit pun makanan yang tidak sihat? 

Haaa macam mustahil kan, jadi cepat-cepat buat detox secara konsisten.

  1. TURUNKAN BERAT BADAN
#4. Turun Berat Badan

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semulajadi untuk membakar lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan. Gen pemberi signal yang bertanggungjawab menjaga kilang lemak dalam badan tidak dapat berfungsi dan mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul.

Lambat laun, lemak baru akan terus dipenuhi dengan lemak dan toksin berlebihan sekaligus menyebabkan obesiti. Haaa pentingkan detox ni ?

Selepas detox, lemak akan dibakar dan secara automatik metabolisma badan juga akan terus meningkat. Ha lepas tu, tiada lah lagi istilah aku makan sikit je tapi cepat naik? Best kan? Haa detox cepat.

  1. KULIT LEBIH CANTIK
#5. Kulit Cantik

Kulit merupakan organ luaran kita yang terbesar dan ia turut melambangkan kesihatan dalaman badan. Kulit kita membantu dalam pembuangan toksin dengan cara berpeluh dan apabila sistem kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong ke arah masalah kulit seperti kulit kusam dan berjerawat.

Sekiranya toksin yang dikumpul lebih cepat daripada toksin yang dibuang, maka lebih tinggi juga toksin yang terkumpul dalam darah. Detox dapat membantu membuang toksin dalam badan dan percayalah, anda akan rasai perubahan positif yang ketara pada kulit anda.

Apa tunggu lagi? Bulan Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita melakukan detox dan pastinya kita akan lebih berseri-seri dan berkilau dihari raya nanti!

Setelah mengetahui 5 sebab kenapa perlu detox ini, Kak Ma yakin korang akan segara melakukan rutin ini tanpa culas. Ha ingat tau, tubuh badan ini amanah dari Allah. Wajib kita jaga dengan sebaiknya. Mudah-mudahan kita semua dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik ok. 

Nak tahu cara simple Kak Ma detox tak? jom hubungi Kak Ma nakdibantu

Kak Ma-Coach Kurus Online

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *