Apa Itu Detox Badan? | Shima Azuan

Proses detox tubuh badan adalah satu proses yang sangat penting dan wajar dijadikan rutin oleh setiap manusia. Malangnya, masih ramai yang belum tahu tentang kepentingan proses ini dan mengambil mudah tentang kesannya terhadap kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Tapi jangan risau, hari ni Kak Ma nak berkongsi tentang detox dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan proses detox kepada anda semua.

APA ITU DETOX?

Detox adalah proses pembuangan toksin dari tubuh badan manusia. Secara ringkasnya proses detox ini kita panggil sebagai proses pembuangan, penyingkiran dan pembersihan. Mudah kan nak faham konsep detox ini?

Uniknya ciptaan Allah, kita telahpun ada sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan juga ginjal.

Jadi persoalannya, kenapa kita masih perlu detox walaupun kita dah pun ada sistem detox secara semulajadi? Haaa mari Kak Ma terangkan.

Ini kerana setiap hari kita terdedah dengan racun-racun dan toksin-toksin yang menjadikan tubuh kita sebagai perumah dan mengubah cara dan kebolehan organ kita berfungsi. Sebenarnya ada banyak lagi ancaman yang mengancam tubuh kita dalam aktiviti seharian.

Kak Ma berikan contoh dibawah,

• Asap rokok

• Pencemaran air

• Pencemaran udara

• Bahan kimia dalam makanan

• Sinar uv 

Dan banyak lagi. Kak Ma berani jamin, tiada seorang pun daripada kita yang tidak terdedah dengan sekurang-kurangnya salah satu dari ancaman ini setiap hari.

Kita juga sebenarnya terdedah dengan toksin dalaman, sistem metabolik yang terhasil daripada tekanan hidup dan pemakanan tidak sihat yang kita ambil.

Disebabkan ancaman dari radikal bebas inilah, kita disarankan untuk detox sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.

Boleh faham kan setakat ini? Mari Kak Ma bawakan korang kepada satu teori yang sangat mudah untuk difahami.

KUALI A

KUALI B

Bayangkan kuali yang kita gunakan dirumah. Kuali A dan B. Kuali A adalah kuali yang dah lama kita beli dan dah tebal kerak dibelakangnya. Manakala, kuali B adalah kuali yang baru dibeli dan tidak berkerak.

Antara A dan B, kuali yang mana satu paling mudah untuk dibasuh? Sudah tentulah kuali B sebab ianya masih bersih dan tidak berkerak. 

Beginilah ibaratnya usus yang telah dibersihkan, dengan usus yang tidak dibersihkan melalui proses detox. Usus yang telah dibersihkan melalui proses detox dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus mengurangkan risiko penyakit berbahaya kepada empunya badan.

Jadi bayangkanlah selama berapa tahun kita hidup di atas bumi, dan dah banyak kali kita sumbat tubuh kita dengan makananan tidak berkhasiat bertahun-tahun, dedahkan pula kepada radikal bebas yang bahaya dan cuba fikir bila pula kali terakhir kita “servis” dan detox usus kita?

Jadi untuk korang yang masih belum pernah melakukan proses detox, wajib untuk korang mulakan rutin ini dari sekarang!

Nak tahu cara Kak Ma amalkan rutin detox dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar? Hubungi Kak Ma nakdibantu

Kak Ma-Coach Kurus Online Je

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *